Tuesday, March 22

Hessa..1 week old

Dah seminggu dah umuq Hessa :). Byk benda daddy Hessa buat ari nie.

Daddy Hessa pagi tadi bgn tidoq lambat as usual. Mommy bole plak amik gambaq daddy tidoq. Hessa ngan daddy sama terbongkang. Hehehe. Like father, like daughter :p


Bila dah bgn, aku+wife belajaq ngan Puan (nenek Hessa) macamana nak mandi..actually semalam pon Puan dah mandikan Hessa, tapi aku missed tgk pasal aku tidoq..hahaha (malam tak tidoq kot bagi Hessa minum+bagi sokongan moral kat mommy Hessa nyusukan Hessa :p)




Lepas tue Aku ngan wife pi Gleneagles. Aleen ada appointment dengan Datuk Dr Aziz. Nak buang benang cesarean dia. Wife aku antara benda yang paling dia cuak pasal nak beranak nie is pasal nak kena bukak balik benang nie laa. Sepanjang mengandung and since dia tau dia kena beranak through c-sec, dia ingat laa nie dah tak payah pakai benang lagi. Dia dok ingat just pakai gum ka apa kaa macam tue. Sekali bila Dr Aziz mention kata lepas seminggu beranak kena bukak jahit, punyalah dia cuak. Dia risau ada parut macam 'lipan' tue. Pastu dia cukup takut dengan sakit nak bukak balik benang tue. Tapi pi tadi sat saja Dr Aziz buat. And for korang punya info, takdak pon parut 'lipan' tuh..just garisan straight jea..bikini cut kaa apa ntah kata Dr Aziz dulu. Dia bukak benang tadi pon sat saja..bini aku tak sakit pon..tapi aku cuak gak laa tgk.

Tapi satu benda aku confused + amazed, macamana depa masukkan and jahit kulit tuh without ada benang nampak kat luar kulit? Laa nie just nampak parut satu line jea.Benang yang dia kluaqkan nie pon (anak panah merah) sebelum nie pon dok dalam kulit.Pastu ada dua button. Dr Aziz potong benang yang dekat satu hujung and tarik dekat hujung satu lagi. Aku taktau laa hangpa paham dak aku tulis nih..hahha. Aku ada record video..tapi tak proper sgt kot nak upload sini..nampak perut bini aku :p.

Ok balik dari Gleneagles aku hantaq wife aku balik Melawati. Aku lunch. Pastu dalam kol 2 aku pi amik Ustaz Wan Hafeez dekat bangunan apa ntah area Heritage Row tuh. Dia mengajaq dekat situ. Aku amik dia pasal nak mintak tolong dia buat tahniq ataupun 'belah mulut' kalau orang Melayu kita cakap. Aku serious tak pernah tau pon pasal nie. Yang aku tau pasal aqiqah and potong jambul jea. So tadi Ustaz Wan pon mai laa umah mertua aku buat tahniq nie. Actually kata Ustaz Wan, tahniq nie sunnah yang ramai orang taktau. Rasullah SAW biasa buat benda nie dekat cucu dia time hari ke 7 selepas baby tue lahir. Cara dia dengan memasukkan manisan (kurma) ke lelangit baby pastu ada laa ustaz baca doa skit (details pasal benda nie hangpa tanya Uncle Google lah. Aku pon bukan tau sgt pasal benda nie). Lepas buat tahniq nie Ustaz Wan Hafeez baca doa untuk bagi nama kat Hessa. Sebelum balik dia potong jambul Hessa skit. Kata dia amik berkat sunnah Rasullah SAW yang buat cukur jambul time hari 7. So potong skit rambut Hessa. Nanti time aqiqah Ustaz Wan Hafeez cakap cukur laa lagi sekali. Kata dia, kalau dapat cukur habis semua lagi bagus pasal buang semua rambut dia yang dalam rahim. To Ustaz Wan Hafeez, terima kasih byk-byk!!!



Lepas hantar Ustaz Wan, aku tergerak nak terus buat birth certificate Hessa dekat JPN Maju Junction. (barang2 for birth registration mmg aku dah standby bawak pon). Barang2 nak kena bawak:
  • Surat doctor/hospital
  • Borang LM01 (borang daftar kelahiran)
  • Sijil nikah (ori+1 photocopy)
  • IC ayah (ori+1 photocopy)
  • IC mak (ori+1 photocopy)
  • Buku appointment monthly dengan doctor/klinik (ori+1 photocopy)
Since aku kenal ramai orang JPN situ, so proses tadi cepat jea laa. Tqvm dekat Murni+Kak Kamariah and yang lain2 yang aku tak ingat nama yang tolong aku tadi. So today Hessa dah ada surat beranak and no IC :).


Ok laaa..aku dah ngantuk..nanti aku sambung lagi laa..sebenaqnya aku byk benda nak tulis nie :p..kalau rajin aku tulis lagi (kalau!!)

2 comments:

mekchu said...

of kos kenal orang JPN.. saja la tu kalo kena amek nombor.. blog ni lahir sama ngan hessa.. nanti kan byk gmbaq2 hessa dlm nih..

congrate kalai :)

3740Journal said...

kagumla aku ko citer punyer details. hehe

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...