Sunday, November 6

About a video from Nassau and Her facial expression :p

Alhamdulillah semalam Mommy Hessa dah selamat sampai Bahamas. And mommy Hessa ada record satu clip untuk aku n Hessa. So bila balik semalam aku pasang laa bagi Hessa tgk. Merengek-rengek Hessa. Maybe dia pelik apsal plak mommy dia ada dalam TV nih.



Ok lepas tue pagi tadi bgn-bgn jea terus dapat chat dengan Mommy Hessa. Time different sini dengan Bahamas 12 jam. And depa lambat sehari. Kira Hessa bfast pagi Sabtu tadi di sini, dekat sana Mommy Hessa tgh dinner malam Jumaat laa. Lama jugak laa chat ngan Mommy Hessa. Laptop Mommy Hessa takdak webcam lah pulak. Boleh voice chat saja. Tapi Mommy Hessa bole laa tgk aku dengan Hessa dekat sini. Hessa tercarik-carik tadi bila dengar suara Mommy dia. Tapi ok lah kot. Terubat skit rindu dia dekat Mommy dia. Cuma dia macam blur-blur. Mana nih Mommy. Ada suara tapi orang dia takde. Maybe dia pikir macam tuh kot. Heheheh :D

Lepas bagi Hessa breakfast, mandikan budak kecik tuh. Mommy takde tak bole laa nak amik-amik gambaq Hessa mandi. Tadi gambaq Hessa lepas mandi tgh nak pakaikan pampers dekat dia ada skit bawah nie. Hessa nie jenis susah nak pakaikan lampin. Dia suka memusing merata. Mommy Hessa cakap lincah macam belut. Hehehe.


Lepas tue dalam pukul 2 sat nie bagi Hessa makan plak. Makan bubuq nasik blend dengan carrot+potato+chicken. Habis semua dia makan. Time makan tue macam2 plak expression muka budak kecik nih buat. Hehehe.


Tgh2 makan tue aku+Hessa dengan orang panggil nama dia sayup-sayup. Rupa2nya Puan Hessa dok panggil Hessa dari tepi umah main cak-cak dengan Hessa. Seronok Hessa sampai ketawa senyum-senyum.


Abih saja makan, cuci2 skit mulut dengan tangan dia; Hessa dah isap2 jari. Nak tidoq laa tuh. Nie dia dok tidoq sebelah aku sambil aku dok taip menatang nih. Tak tau laa bila aku bole publish entry nih pasal gambaq aku upload satu pon tak lepas lagi nih. Total gambaq dah laa byk. Ok lah..bila dah siap upload gambaq nanti aku publish entry nih :)


p/s: Selamat hari raya qurban!!! To mommy...take care and have a good weekend kat sana :)

1 comment:

Anonymous said...

ok,aku nangis jugak tgk vid yg leen nangis tu,huhu.lama ka leen pg sana?btw,daddy jaga hessa baik2 k

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...