Showing posts with label video. Show all posts
Showing posts with label video. Show all posts

Wednesday, August 6

SHR/MZB

Selamat Hari Raya 
Maaf Zahir & Batin 

Suhaimi+Aidleen 
Hessa Alyssa 
Hanna Alynna

Monday, November 18

#inherwonderland


comeback lah kononnya.

Wednesday, February 20

Hessa dancing :p


Lama gila tak blog pasal Hessa. Aku akan start blogging balik pasal Hessa. InsyaAllah :)

Friday, June 29

Her skeleton dance :D


Pengubat dan penghibur hati dikala aku dan isteri bersedih :)

p/s: Video from phone android cokia aku saja..so quality so so jea..belasah laa labu :p

Wednesday, April 25

Wordless Wednesday - Her first few steps


Her first steps were precisely on 24th April 2012 7:05PM. 
Tapi takde camera/phone lah pulak time tuh :p. 
These shots were taken later that night :)

Wednesday, April 11

Wordless Wednesday - Twinkle-twinkle little star



How i wonder what you are...


Video taken during our short trip to Johor and Melaka last January :)

Friday, April 6

Video call with Mommy

Ok. Lupa nak habaq yang Mommy Hessa laa nie pi Dar Ess Salam, Tanzania balik. Mommy Hessa pi since 26th March ari tue sampai 16 April nie. Lepas tue pi balik ujung bulan April till when yang aku sendiri pon tak berapa pasti lagi.

Actually Mommy Hessa tak pernah dapat nak video call dengan Hessa since dia sampai Dar Ess Salam. Satu sebab, pasai aku hari Rabu lepas Mommy Hessa pi Dar Ess Salam; aku plak kena outstation balik Kedah sampai Ahad lepas.

Lagi satu sebab, Mommy Hessa kalau dia balik dari opis sampai hotel dah around 6-7pm kat sana which is dekat sini plus lagi 5 jam. So kalau kat sana pukui 6pm, sini dah pukui 11pm. Mommy Hessa dapat video chat dengan Daddy Hessa jea lah. Hessa dah terbungkang. Kalau tak tidoq pon sure dia tgh emo-emo nak tidoq. Kompom aku tak pasang lampu. Bukan senang nak tidoqkan Hessa. Hehehe

Tapi kelmarin (Rabu 4 April), Mommy balik hotel awal. So dapat laa video chat dengan Hessa. Seronok dapat tgk dua beranak nie dah contact each others :)




P/s: To Mommy..take care kat sana! Hopefully kerja everything siap and takde problem. Kitaorang rindu Mommy :(

Tuesday, January 10

Beberapa hari yang lepas...

Ok. Aku agak busy lately. Tak dan nak blog sgt pasal si Hessa. Tapi macam2 jugak benda aku buat dengan dia over the last weekend. Video kat bawah nie video malam jumaat ari tue. Dia main2 manja dengan aku. (Owh btw video ngan gambaq semua nie dari phone saja. So quality dia quality camera phone jea laa. Belasah jea laa eh. Hehehhe)



Dalam video kat atas..Hessa tunjuk mana Mommy dia. Biasa kalau tanya dia mana Mommy..dia akan tunjuk gamba/potrait yang ada kat dalam bilik kami nie. Kalau kat bawah plak dia tunjuk gamba mommy dia dekat bawah. Mesti Hessa rindu Mommy dia. InsyaAllah kalau takde extend, mommy 20hb nie balik laa kot. Mintak2 tak extend laa. Amin.

Ok. Saturday 7 Jan 2012, awal pagi aku bawak Hessa 'jogging' area depan umah. Hehehe. Bawak dia round2 skit. Dengar bunyi burung. Tgk kucing etc. Hessa mmg suka kalau bawak dia kluar. Dia suka tgk orang lalu lalang. Tgk pokok-pokok. Tgk langit etc. Hessa nie aku rasa tahap curiosity dia tinggi. Dia suka tgk benda2 pelik keliling dia. Benda yang jarang dia dapat tgk. Toys bebanyak Daddy ngan Mommy beli bukan dia nak main sgt. Dia suka macam kotak, tupperware, kertas etc. Hehhehe


Nie video dekat bawah nie video Hessa pok amai-amai dengan Puan and Tok Ayah dia. Laa nie dia kalau suruh dia pok amai-amai mmg dia pok amai2 laa (tapi ikut mood dia jugak laa..heheh). Lagi satu Hessa dah pandai bye/lambai dekat orang lain. Pantang cakap bye jea; mesti dia nak bubye (but as usual bergantung kepada mood. Hehehhe)




Ok. Tghari tue, aku bawak Hessa keluaq. Kesian dia hari cuti tak kluaq berjalan duduk di rumah saja. Tapi dekat jea laa. Aku bawak dia pi KL Festival Mall punya shopping complex yang baru bukak dekat Setapak. Aku tak bole bawak dia pi jauh pasal aku pi berdua jea dengan dia. Kalau dia mengamuk dalam car seat tuh macamana? Hehehe.


Tapi alhamdulillah dia behave. Maybe sebab dia hepi pasal dapat kluar tak terperap duduk kat umah saja. Behave jea dia atas keta. Sampai sana pi beli susu Hessa dekat Econsave situ. Kat situ aku rasa rega susu yang Hessa minum paling murah laa setakat nie dalam semua kedai aku pernah beli.

Lepas tue Hessa teman Daddy makan. Makan dekat The Chicken Rice Shop. Aku lapaq. Hessa dah makan before pi berjalan. So aku makan sorang saja. Aku ada bawak Heinz punya baby foodyang dalam botol tue. Dia takmau laa plak. Tapi aku ada laa bagi dia mamah jugak skit nasik yang nasik ayam aku punya tue. Dia mmg suka makan benda2 macam tue. Maybe pasal gigi dia nak tumbuh. So dia suka kunyah2. Lepas tue aku bawak dia pusing2 dekat KL Festival Mall nih


Bila dah pusing2 tue sampai laa dekat satu tempat. Tempat budak2 main. Aku dengan Hessa tgk dekat luaq saja. Lama jugak dok kat tepi tue. Dekat 10min jugak kot. Hessa seronok tgk budak2 lain main dalam tue. Aku nak gerak pi tempat lain dia menjerit takmau. Ishh haru betoi.


So ending dia mmg happy ending laa. Aku bawak dia masuk dalam tue. Tapi Hessa kecik lagi. Tak byk benda bole main dalam tue. Tapi aku bawak masuk jugak laa. RM3 for 20 minutes tak silap aku. Ok sgt laa. So aku pon bawak laa Hessa masuk dalam tue. Bole laa dia naik toy donkey and tgk budak2 lain main. Hepi budak kecik nih :)


Sunday 8 January 2012. Aku kena pi kerja. Hessa comel time bangun. Dia kejutkan aku. Tak grumpy ke apa plak dia pagi nih. Tersengih jea ajak aku main or mintak bawak dia kluaq kot. Tapi tak dapat laa nak bawak dia kluaq, aku kerja. Tapi sempat amik gambaq bawah nie dengan dia. Heheheh :)


Waktu nak balik tue dalam tghari aku update status FB aku lebih kurang bunyi dia macam nie.."Otw balik dari Putrajaya. Keja. Macam nak bawak Hessa Kluaq. Sapa free mai kidnap aku dengan Hessa". Tapi takdak sapa dapat mai kidnap aku ngan Hessa pon. Papa Fizan Hessa dekat PD ada team building. Mama Ning plak Papa Fizan takdak macamana nak mai kidnap Hessa. Pastu Mama Ira Hessa plak pi outstation dekat Ipoh. Kalau tak depa nih laa teman aku bawak Hessa. Pasal aku nak drive berdua jea dengan Hessa jauh2 skit aku tak berapa confident pasal few attempt before nih Hessa mengamuk (tapi aku drive jugak laa sambil dia menangis. Takkn nak riba dia plak :p)

Bila aku sampai umah. Hessa macam mengantuk2. Tapi segaq laa jugak bila tgk aku balik. Aku dok pikiaq. Ishh tak bole jadi nie, kena bawak Hessa kluaq jugak. Kesian dia satu hari dok umah saja. Lagipon weekend depan aku ada team building plak. So might better aku bawak dia jalan2 this week. Tak laa bosan sgt dia.

So aku decided nak bawak Hessa pi Ikea/Curve. Saja jalan situ. Satu pasai straight jea highway DUKE pastu masuk Penchala Link. Lagi satu baby punya changing room dekat situ ok jugak. Aku dah phobia pi KLCC. Baby changing room/nursing room dia yang kena bayaq RM2.oo tue untuk pompuan jea kot. Ada kaa macam tue. Kalau daddy yang kluaq dengan anak macam aku nie macamana plak. Kalau pi dengan Mama Ira or Mama Ning or adik aku Hanim sekalipon takkan laa aku nak suruh depa cuci poo poo Hessa. Hahhaha. Actually ada baby changing room dekat LG floor dekat area bank2 dekat bawah di KLCC tue. Tapi aku rasa situ macam tak proper jea. Sinki dia jenis muat tangan saja. Hessa jenis yang kencing pon kalau bole nak kena cebuk. Macamana nak cebuk peepee or poopoo Hessa kalau sinki dia muat tangan saja. Lagi satu situ stail open. Hessa shy girl. tak suka tukaq pampers dekat tempat orang ramai. Hahhaha.

Ok back to cerita aku. Aku ngan Hessa pon heading laa pi Ikea/Curve. Kebetulan jugak pasai pi ikano nie pasal nak amik camera dari kawan aku, Apek/Nasrool. Kebetulan dia pon pi Ikea and bawak camera tue. Tapi dia pi tgk wayang laa dulu.

Alhamdulillah. Dalam perjalanan, Hessa behave lagi kali nie sama macam semalam. Dia tak meronta-ronta kalau duduk dekat baby seat dia tuh. Sungguh good girl anak daddy nih. LOL

Before keta gerak dia siap lambai bubye dekat Tok Ayah n Puan dia. Bila keta gerak dia mula isap jari. Masuk jari dalam mulut pastu tangan lagi satu dok gentel toys dia. Mmg nak tido laa tue. Kompom laaa. Lepas tue tak sampai seminit dua kot dia teruih tidoq. Sampai laa ke parking Ikea dia tidoq. Bangun pon pasai aku kejut. Tapi dia hepi laa bila bangun. Pasal dia tengok tempat dia terjaga tuh tempat yang lain dari kebiasaan dia. So tak grumpy and emo laa. Heheheh :D


Waktu aku sampai Ikea. Kawan aku Maleya wife Razak ada comment kat status FB aku (kaa gambaq dekat FB aku ntah) cakap suruh aku bawak Hessa pi main tempat budak2 main dekat Curve. Dia siap bagi location etc. Aku pon pi cari laa. Rupanya nie tempat anak dia, Auji pernah pi main. Dia ada post video Auji main dekat tempat nie dalam FB. Auji main dalam satu tempat balloon terbang2 (refer gambaq bawah..tapi gambaq aku blur..hahaha).


Aku lupa laa apa benda nama tempat nie. Dia dekat tingkat 3 betol2 depan Reject Shop tak silap aku. Entry dia RM20 per entry kalau weekdays and rm30 per entry kalau weekend. Parent bole join masuk sekali. Aku tak bawak masuk Hessa pasai aku tgk tempat nie macam untuk budak2 yang besaq skit. Or at least dah bole berdiri laa. Tapi mmg agak cool and best tempat nie.

Maybe time Mommy balik nanti redah jea laa pi tempat nie tgk camana. Tapi kalau nak pi pon maybe pi on weekdays laa kot. Kalau tak macam weekend yang aku pi nie ramai sgt orang. Kalau budak yang dah besaq skit tue ok laa. Kalau Hessa yang merangkak betoi2 pon tak berapa reti sgt lagi nie pi masuk sekali; silap2 kena langgaq dengan budak lain. Hehehe. Tapi Hessa enjoy jugak dok kat tepi tempat nie dok perati tgk budak2 lain main. Next time eh sayang! Bila Hessa dah besaq skit ok!


Lepas pi tempat budak2 main nih, aku round2 dengan Hessa pasal Apek Nasrool tak habih tgk wayang lagi. Hessa mood happy. Aku takdak dukung dia langsung. Elok plak dia duduk dalam stroller dia (jarang berlaku nih). Ada time tuh dia tepuk2 tangan bila dengaq lagu CNY depa pasang kat Curve nih. Siap kaki dia parking atas tempat letak susu laa dekat stroller tue. Makna kata dia tgh happy laa tuh :).


Lepas tue baru jumpak Nasrool/Apek. Dia pass camera kat aku. Jumpak dia sat saja. Borak2 sat ngan dia sambil aku bagi Hessa makan choc stick fav dia tuh pastu aku pon gerak balik. Nie camera yang Apek bagi test (thanks bro). Lomo Horizon Perfekt . Nanti aku test kat PD time team building (kalau ada masa laaa..heheheh).


Ok lah. dah lewat malam dah nie. Aku nak tidoq dulu. Esok kerja. Kalau aku tak busy nanti-nanti aku update lagi blog Hessa nie.

p/s: To mommy, Hessa ngan Daddy rindu Mommy :(

Sunday, December 18

Hessa turned 9 months old + Kuat mamam + Tidoq bawah + Vaccination + Balloons + Hessa order makan + Mamam apple + Mommy travel again

Ok. First skali Hessa dah umuq 9 bulan hari Khamis 19 Dec lepas. Syukur Alhamdulillah. Sat saja masa berlalu. Rasa sat saja tgk dia meraung ada tiub etc dekat mulut pasal ada breathing problem time lahir dulu. Laa nie dah 9 bulan dah. Dah macam2 dia pandai buat. Dah makin besaq (and nakal) anak kecik aku nih. So macam2 aku nak cerita kali nie. Hehhehe :p

Ok nie nak cerita pasal Hessa kuat mamam. Maybe dia ikut Mommy dia (Mommy jgn marah ok :p). Tapi lepas dia lega demam and bronchitis hari tue dia mmg makin berselera makan. Sekali makan mmg banyak. Hehehhe. Pagi dia makan Cerelac/cereal yang campur dengan Farley's Rusk. Pastu dalam kol 10 macam tue dia makan Heinz punya baby food yang dalam botol tue. Kengkadang Puan dia bagi dia fresh fruit macam banana or papaya. Katanya nak bagi mudah berak. Hehehhe. Kalau Puan rajin kengkadang Puan rebuskan Hessa keledek merah tue. Mmg Hessa suka :)

Tghari plak dia makan bubur nasik. Bubur nasik nie biasanya masukkan sekali ayam or ikan (normally tenggiri) pastu letak sama any veggie macam carrot kaa..potato kaa..bayam kaa..broccoli kaa..pastu blend. Laa nie kalau blend dah tak payah hancur sgt. Pasal Hessa suka kalau ada ketul2 skit so that dia boleh mamah. Bubur nasik nie aku rasa bagus and berkhasiat for baby. Lagipon senang jea nak buat. Masukkan beras+sayur+ayam+ikan. Bubuh ayaq pastu rebus sampai kering. Ayaq tue budget2 jea laa. Kalau dah kering tak lembut lagi nasik tue..masukkan lagi ayaq. Aku yang tak reti sgt nie pon bole buat. Orang lain sure bole buat jugak. Tapi most of the time sebenaqnya Puan yang buatkan. Hahhaha.

Bila petang Hessa makan samada bubur or cereal/Cerelac yang campur dengan Farley's Rusk tue balik. Bila time malam, kalau dia tgk orang lain makan; dia pon nak makan jugak. Kecoh dok sebut "MAMAM". Actually "MAMAM" tue antara benda yang dia first sebut and dia selalu sebut. Tak sure laa "MAMAM" nie maksud yang Hessa nak sampaikan pasal dia nak makan kaa apa. Kalau dah kenyang tak mau makan dah pon dia still dok sebut "MAMAM". Hehehe

Nie gambaq bawah nie time malam dah. Dia dok kecoh sebut "MAMAM". So Mommy dia bagi laa Heinz kaa brand apa ntah punya baby biscuit. Nie antara benda yang dia suka. Nak nak yang flavor choc nih. Lagi satu maybe pasal gigi atas dia nak tumbuh. Gusi dia gatal. So dia suka laa tonyoh and gigit biskut nih :)





Ok. Untuk pengetahuan semua; Hessa laa nie dah kena tidoq bawah. Malam sebelum dia cukup 9 bulan kami bertiga start tidoq dekat bawah katil. Nie semua pasal malam sebelum tue dalam pukul 12 macam tue (aku tak tidoq lagi..layan internet) dia terjaga tapi dia tak menangis plak. Cuma pastu budak kecik nih teruih explore katil. Mommy dia dah lena time tuh and tak perasan langsung Hessa terjaga or bergerak. (psttt..mommy mmg jenis tidoq mati :p). Dekat tepi katil tue ada meja kecik ada botol ayaq etc. Dia dah separuh badan dekat atas meja kecik tue dah. Nasib baik aku perasan. Tok Ayah pernah cakap time siang dia tidoq atas katil dia pernah terjaga and terus nak pi explore meja merah kecik tue jugak. So untuk mengelakkan tragedi apa2 macam tragedi roller coaster entry yang lepas tue jadi lagi; so Daddy ngan Mommy dah sepakat yang kami+Hessa kena tidoq bawah katil. Hehehhe :p



On Friday 16 Dec Daddy ngan Mommy cuti pi bawak Hessa inject dia punya H1N1 antiflu vaccination. Time tue jugak Dr Vernon buat development progress check untuk Hessa. Ada buat ultrasound dekat ubun2 dengan pinggul dia (yang aku tak pasti apa function dia..hahaha). Alhamdulillah; Dr Vernon cakap Hessa punya pembesaran ok and ikut progress. Ada tanya Dr Vernon pasal yang tragedi Hessa naik roller coaster tue; Dr Vernon cakap everything ok and tak perlu risau. Pasal bronchitis pon Dr Vernon cakap Hessa dah ok from bronchitis. Alhamdulillah.

Kami jugak tanya dekat Dr Vernon awat Hessa still tak merangkak betol2 lagi and tak dapat berjalan lagi pasal ada setengah budak yang 9 bulan dah berjalan etc; Dr Vernon cakap its normal kengkadang baby mmg ada yang merangkak lambat and ada jugak yang tak merangkak langsung just terus berdiri and berjalan. Actually untuk pengetahuan hangpa; Mommy Hessa mmg tak merangkak tapi instead of merangkak, dia mengensot and terus berjalan . Makcik Ani yang urut Mommy Hessa time pantang ada datang umah hari sabtu lepas mengurut Mommy Hessa penat2 badan cakap; kalau ikut cakap/petua orang tua2, budak yang bercakap dulu dia akan lambat berjalan. Budak yang berjalan dulu akan lambat bercakap. Wallahualam betoi kaa tak. Tapi rasanya Hessa nih jenis yang bercakap dulu kot. Hehehhe :p



Ok nie plak cerita pasal budak kecik yang teruja tgk menu makanan. Nie time lepas pi jumpak Dr Vernon. Pi jalan2 round Ikano. Sebenaqnya Hessa nie mmg teruja bila tgk kertas2 or benda2 yang sewaktu dengannya. Pasal nanti dia nak bawak masuk mulut kunyah/makan. Semua benda dia nak sumbat. Hehhehe. Aku ada buat dialog apa benda yang Hessa mungkin tgh pikiaq time tuh. Hehhehe.

"Hi. Kite Hessa. Kite tgh nak order makan dekat Manhattan Fish Market nie. Mommy kite belanje :)"


"Mommy..mintak Hessa menu. Hessa nak order maman nih"


"Hmm..Mana satu kite nak order nih..semua nampak macam sedap"


"Orang sebelah punya order pon nampak sedap jugak"


"OMG dia punya fish n chip. Terbaek! Kite order ini lah"


"Abang..kite punya fish n chip eh satu! Jangan lupa tulis tau dalam order list tue!"


"Mana fish n chip kite nih? tak sampai2 lah pulak"


"Haihhh..lama dah nie"


"Ini yang buat kite marah ngan emosi nih..kita lapar nih nak mamam!!!"


"Mommy..bagi Hessa makan Heinz punya baby food jea laa. Hessa dah lapar sgt nie :O"


"Makan jea laa dulu. Nanti balik umah kite makan bubur Puan buat. Lagi sedap! :p"


"Burppp. Alhamdulillah kenyang. Lepas nie bole titon. Yeaa!!!"


Lepas makan pi jalan2 sat dekat Ikano. Lalu lah depan satu kedai juai barang2 party. Balloon Buzz kot nama kedai tue (lupa dah..tapi ala2 kedai balloon buzz tue laa). Bawak Hessa masuk kedai tue. Dia teruja tgk balloon. Takpalah. Ingat dia teruja biasa2 jea. Dia main2 laa dengan balloon2 yang ada dekat situ. Sekali waktu nak kluaq dia menjerit nak bawak sekali balloons tuh. Terpaksalah beli. Dah pandai mintak barang dah budak kecik. This time Daddy belikan. Tapi next time depends tau sayang (Hessa cuba pow Tok Ayah. Kompom TokAyah belikan kalau Hessa mintak apa2..hehehe :p).



Ini pulak cerita Sabtu 17Dec. Hessa duduk dekat bawah dengan TokAyah dia. Sekali dengar TokAyah dia ketawa terbahak-bahak. Daddy ngan Mommy turun laa bawah. Sekali Hessa tgh seronok tokak (gigit) buah apple. TokAyah dia bagi. Suka betol dia tokak buah apple tue. Padahal gigi dia baru ada 2 batang dekat bawah. Meraung budak kecik nie bila amik buah apple tue dari tangan dia. Hehhe :D

Bila malam check gusi ngan gigi dia, rupanya gigi atas dah kluar dah skit. Patut laa 4-5 hari before nih dia macam emo/grumpy semacam jea. Rupanya gigi dia nak tumbuh. Patut laa dia suka dengan apple nih and suka dengan biscuit Heinz tue. Pasal gusi dia gatal. Rasa best skit kot dapat tonyoh/kunyah makanan macam apple and biscuit tuh.




Btw semalam Mommy travel balik. Kali nie pi Dar Es Salam, Tanzania. Lebih kurang sebulan jugak. And Daddy pon pagi tadi outstation jugak. Tapi Borneo jea laa (Daddy kalau outstation pon paling jauh Borneo jea laa setakat nih :P). Kesian Hessa kena tinggal. Tapi insyaAllah dia ok. Ada semua family lain dekat Melawati yang akan jaga and tengokkan dia. InsyaAllah Rabu Daddy balik KL balik eh sayang. Nanti Daddy bagi Hessa makan apple lagi :D

To Mommy, take care eh dekat Dar Es Salam. Jaga makan minum ok. Jangan makan sebarang nanti kityut plak. Jangan lupa semayang. Hopefully keja Mommy settle and takde masalah. Be careful tau dekat sana. Jaga diri tau. Love you Mommy!!! ♥

p/s: Btw
Hessa dah ada kerusi makan sendiri :). And tangga dekat umah dah ada pengadang dia. Takmau lagi tragedi roller coaster tue berulang. Nauzubillah. Kalau rajin nanti aku post pasai kerusi makan dia dengan pengadang tangga tue :)
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...