Tuesday, October 4

Another date with Dr Vernon

Semalam amik cuti. Bawak Hessa pi dating dengan Dr Vernon. Pi kali nie untuk Hessa punya 6 months punya appointment. Sambil-sambil tue bawak Mommy Hessa pi jumpak Dr Aziz sekali. Seperti biasa, bila Hessa nak pi dating dengan Dr Vernon, Puan akan ikut sekali :).

Nie gambaq dekat bawah nie gambaq Hessa tgh mandi. Mommy dia mandikan semalam. Untuk pengetahuan, Hessa mmg suka dengan ayaq. Dia suka mandi. Dia suka kalau kena basuh bonbon dia etc. InsyaAllah nanti bebila free nak bawak Hessa pi swimming pool (Dr Vernon pon bila tanya semalam cakap boleh kalau nak bagi baby swim..tapi kena under parent punya supervision laa). Swim suit dia mommy dia dah siap beli dah. Tapi tue laa tak guna2 lagi.


Waktu pi Gleaneagles semalam, pi dekat Dr Vernon dulu pasal set appointment dengan dia kol 10.15. Tapi bila sampai dia takdak. Ada kes dekat hospital kena entertain. So Mommy Hessa pi jumpak Dr Abdul Aziz dulu. Mommy Hessa kena inject for Hepatitis B punya vaccination dengan buat Pap Smear test. Result Pat Smear test lagi seminggu dapat. Hopefully everything ok. InsyaAllah


Lepas jumpak Dr Aziz baru pi jumpak Dr Vernon. Berat Hessa semalam dah 7.3 kg. Bulan Lepas 6.9 kg. Dia punya naik dah tak berapa byk sgt rasanya compare to bulan2 sebelum nih.


Dr Vernon as usual pandai amik hati Hessa. Dia usik Hessa. Gurau2 dengan Hessa, sakat Hessa etc. Taktik dia nak bagi budak/baby happy dulu before kena inject. Heheheh.


And again, dia menyanyi lagi lagu 'Keracha'. Heheheh. Aku sempat amik video kali nie. Dia siap dancing dengan Hessa :D



Dancing dengan singing tue semua before kena inject. Hepi jea muka anak kecik aku tue. Tp tgk laa Hessa macamana bila kena and lepas kena inject. Btw injection kali nie is for Prevenar punya vaccination. nie 3rd jab dia tak silap (nak kena refer detail kad klinik Hessa and nanti aku update balik). Hessa punya meraung kali nie antara raungan paling kuat setakat nie. Kesian dekat dia.


Hessa nie manja(+mengada) dengan aku. Bila dia pandang aku macam gambaq atas nie, aku tau dia mintak aku amik dia. So aku pon amik dia and Alhamdulillah dia senyap lepas tue.

Bila balik semalam Hessa tidoq sampai petang. Bila malam tue badan dia panas skit. And dia macam meragam skit takmau tido. Bagi dia makan ubat demam dengan tampal kool fever punya patch. Dia tidoq dengan Puan semalam pasal Puan nak jaga/tgkkan dia. Puan cakap semalam Hessa tidoq tak nyenyak sgt. Maybe dia rasa tak selesa pasal demam dia tuh.


Pagi tadi Hessa macam ok tp tadi waktu dah sampai opis, Tok Ayah call tanya ubat dekat mana. Dia kata Hessa badan panas balik. Hopefully demam dia makin beransur kurang bila dia makan ubat. InsyaAllah.

Get well soon Sayang! Daddy+Mommy sayang Hessa.

2 comments:

zaid said...

tetiba jd sgt rindu kat hang...eh, kat anak aku.

irizis said...

cool la dr vernon ni. n cute je hessa menari :D

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...