Thursday, October 6

Malam semalam


Alhamdulillah, Hessa dah tak demam. Demam tue maybe pasal dia terkejut kena inject for her prevenar punya vaccination tuh jea kot.

Hessa hyper semalam. Kol 12 baru dia tidoq. Tue pon dia nak Tok Ayah dia yang dodoikan. Tapi sat aja Tok Ayah dia dodoikan. Tak sampai 5 minit dah tertidoq. Tok Ayah cakap dia lawan tenung mata dengan Hessa. Ending dia Hessa kalah and terus tertidoq. Hehehe

Btw Hessa moody-moody jugak skit semalam. Aku rasa dia gatal gusi dia. Gigi nak tumbuh kot. Dok tonyoh2 jea gusi dia tue. Masukkan kaki/ekor/tangan Kitty (dia punya bantal busuk) dalam mulut dia. Nak kunyah jari aku. Nak main dengan makan remote control etc. Aku taktau pasal apa budak kecik/baby suka sgt dengan remote control. Hehehe :D

Tuesday, October 4

Another date with Dr Vernon

Semalam amik cuti. Bawak Hessa pi dating dengan Dr Vernon. Pi kali nie untuk Hessa punya 6 months punya appointment. Sambil-sambil tue bawak Mommy Hessa pi jumpak Dr Aziz sekali. Seperti biasa, bila Hessa nak pi dating dengan Dr Vernon, Puan akan ikut sekali :).

Nie gambaq dekat bawah nie gambaq Hessa tgh mandi. Mommy dia mandikan semalam. Untuk pengetahuan, Hessa mmg suka dengan ayaq. Dia suka mandi. Dia suka kalau kena basuh bonbon dia etc. InsyaAllah nanti bebila free nak bawak Hessa pi swimming pool (Dr Vernon pon bila tanya semalam cakap boleh kalau nak bagi baby swim..tapi kena under parent punya supervision laa). Swim suit dia mommy dia dah siap beli dah. Tapi tue laa tak guna2 lagi.


Waktu pi Gleaneagles semalam, pi dekat Dr Vernon dulu pasal set appointment dengan dia kol 10.15. Tapi bila sampai dia takdak. Ada kes dekat hospital kena entertain. So Mommy Hessa pi jumpak Dr Abdul Aziz dulu. Mommy Hessa kena inject for Hepatitis B punya vaccination dengan buat Pap Smear test. Result Pat Smear test lagi seminggu dapat. Hopefully everything ok. InsyaAllah


Lepas jumpak Dr Aziz baru pi jumpak Dr Vernon. Berat Hessa semalam dah 7.3 kg. Bulan Lepas 6.9 kg. Dia punya naik dah tak berapa byk sgt rasanya compare to bulan2 sebelum nih.


Dr Vernon as usual pandai amik hati Hessa. Dia usik Hessa. Gurau2 dengan Hessa, sakat Hessa etc. Taktik dia nak bagi budak/baby happy dulu before kena inject. Heheheh.


And again, dia menyanyi lagi lagu 'Keracha'. Heheheh. Aku sempat amik video kali nie. Dia siap dancing dengan Hessa :D



Dancing dengan singing tue semua before kena inject. Hepi jea muka anak kecik aku tue. Tp tgk laa Hessa macamana bila kena and lepas kena inject. Btw injection kali nie is for Prevenar punya vaccination. nie 3rd jab dia tak silap (nak kena refer detail kad klinik Hessa and nanti aku update balik). Hessa punya meraung kali nie antara raungan paling kuat setakat nie. Kesian dekat dia.


Hessa nie manja(+mengada) dengan aku. Bila dia pandang aku macam gambaq atas nie, aku tau dia mintak aku amik dia. So aku pon amik dia and Alhamdulillah dia senyap lepas tue.

Bila balik semalam Hessa tidoq sampai petang. Bila malam tue badan dia panas skit. And dia macam meragam skit takmau tido. Bagi dia makan ubat demam dengan tampal kool fever punya patch. Dia tidoq dengan Puan semalam pasal Puan nak jaga/tgkkan dia. Puan cakap semalam Hessa tidoq tak nyenyak sgt. Maybe dia rasa tak selesa pasal demam dia tuh.


Pagi tadi Hessa macam ok tp tadi waktu dah sampai opis, Tok Ayah call tanya ubat dekat mana. Dia kata Hessa badan panas balik. Hopefully demam dia makin beransur kurang bila dia makan ubat. InsyaAllah.

Get well soon Sayang! Daddy+Mommy sayang Hessa.

Wednesday, September 28

Tok Ayah's lullaby


Kalau Hessa susah sgt nak tidoq..nie jea laa ubat dia..hehehe :D

Monday, September 26

Weekend hari tue

Ari sabtu lepas pi jalan2 ngan Hessa+Mommy. Actually nak bawak Mommy Hessa pi jumpak gynea (Dr Aziz). Ada follow up vaccination for Mommy Hessa. Lepas bersalin hari tue dah dapat 1st jab for that vaccination tue. Nie yang second jab plak. Tapi appointment tue cancel pasal Dr Aziz takdak kat opis (ada orang nak bersalinlah kot).

So kitaorang heading Damansara. Singgah sat beli breast pad Mommy Hessa dekat Baby Jaya dekat Uptown tuh. Lepas tue taktau nak pi mana kami pi singgah dekat Wondermilk dah alang2 dekat sini.


Lama gila kot tak pi sini. Rasanya last pi time before Hessa lahir kot. Tue pon dah lama before tue. Tak ingat dah sgt bila last pi. Actually Mommy Hessa byk kali dah ajak mai sini. Tapi awat ntah tak tergerak stereng nak sampai situ. :p


Kitaorang kongsi2 makan 4 ketol cupcakes dengan 1 cocoa drinks. Ayaq cocoa tue bagi aku sedap gila. Rasa cocoa dia rich sgt. Aku tak ingat sgt cupcakes apa Mommy Hessa amik hari tue. Yang aku ingat ada satu cookies&cream punya cupcakes dengan satu red velvet (aku tau pasal yang tue aku yang pilih, yang Mommy Hessa pilih aku tak ingat apa..Haha). Semua sedap laa bagi aku. Tapi personally aku rasa the best red velvet in town still dekat The Whisk, Subang Empire. Weekend depan kena pi The Whisk laa. Mommy+Hessa..jom!!!!


Satu benda yang aku agak respect dengan staff/owner wondermilk nie, depa ada sediakan food untuk stray cat. Siap dalam bekas kemas/elok jea tepi kedai depa. Baguih laa depa nie. Tue sebab rezeki depa murah kot.


Lepaih lepak dekat Wondermilk tuh, kami pi KLCC sat. Saja jea jalan2. Bawak Hessa jalan2. Dia nih jenis yang suka berjalan (tapi kalau lama dalam keta dia mengamuk). Hehehe.


Waktu jalan2 tue, saja laa pi masuk dekat Mothercare. And ternampak laa ada seat Bumbo nih (ada jugak few brand lain). Actually lama dah teringin nak cuba benda nie. Since salesgirl tue pon sempoi jaa, so saja2 laa test suruh Hessa duduk. Nampak macam ok.


Ada sesapa tak yang ada experience/advice pasal benda Bumbo nih. Berbaloi tak beli? Any suggestion kaa apa kaa. Btw Hessa dah nak masuk 7 bulan. Takut beli nanti Hessa besaq skit dah sendat tak muat plak bonbon dia nak masuk dekat Bumbo nih. Heheheh :D
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...