Alhamdulillah semalam Mommy Hessa dah selamat sampai Bahamas. And mommy Hessa ada record satu clip untuk aku n Hessa. So bila balik semalam aku pasang laa bagi Hessa tgk. Merengek-rengek Hessa. Maybe dia pelik apsal plak mommy dia ada dalam TV nih.
Ok lepas tue pagi tadi bgn-bgn jea terus dapat chat dengan Mommy Hessa. Time different sini dengan Bahamas 12 jam. And depa lambat sehari. Kira Hessa bfast pagi Sabtu tadi di sini, dekat sana Mommy Hessa tgh dinner malam Jumaat laa. Lama jugak laa chat ngan Mommy Hessa. Laptop Mommy Hessa takdak webcam lah pulak. Boleh voice chat saja. Tapi Mommy Hessa bole laa tgk aku dengan Hessa dekat sini. Hessa tercarik-carik tadi bila dengar suara Mommy dia. Tapi ok lah kot. Terubat skit rindu dia dekat Mommy dia. Cuma dia macam blur-blur. Mana nih Mommy. Ada suara tapi orang dia takde. Maybe dia pikir macam tuh kot. Heheheh :D
Lepas bagi Hessa breakfast, mandikan budak kecik tuh. Mommy takde tak bole laa nak amik-amik gambaq Hessa mandi. Tadi gambaq Hessa lepas mandi tgh nak pakaikan pampers dekat dia ada skit bawah nie. Hessa nie jenis susah nak pakaikan lampin. Dia suka memusing merata. Mommy Hessa cakap lincah macam belut. Hehehe.
Lepas tue dalam pukul 2 sat nie bagi Hessa makan plak. Makan bubuq nasik blend dengan carrot+potato+chicken. Habis semua dia makan. Time makan tue macam2 plak expression muka budak kecik nih buat. Hehehe.
Tgh2 makan tue aku+Hessa dengan orang panggil nama dia sayup-sayup. Rupa2nya Puan Hessa dok panggil Hessa dari tepi umah main cak-cak dengan Hessa. Seronok Hessa sampai ketawa senyum-senyum.
Abih saja makan, cuci2 skit mulut dengan tangan dia; Hessa dah isap2 jari. Nak tidoq laa tuh. Nie dia dok tidoq sebelah aku sambil aku dok taip menatang nih. Tak tau laa bila aku bole publish entry nih pasal gambaq aku upload satu pon tak lepas lagi nih. Total gambaq dah laa byk. Ok lah..bila dah siap upload gambaq nanti aku publish entry nih :)
p/s: Selamat hari raya qurban!!! To mommy...take care and have a good weekend kat sana :)
Ok. Malam rabu semalam, aku dengan Hessa n TokAyah+Puan+Papa Boy pi hantaq Mommy Hessa dekat KLIA. Mommy Hessa outstation business trip pi Bahamas for 1month plus. Nie third time Mommy Hessa pi sana. Since 2009, boleh kata every year Mommy Hessa pi sana. In fact Hessa pon ikut pi sana waktu last year punya trip pasal Hessa time tue dalam tummy Mommy dia. Hehehe. Mommy Hessa pi taun lepas waktu ujung taun. Time tue Mommy Hessa 5-6months pregnant. Memboyot perot bawak Hessa dalam tue pi Bahamas. Hehehe
Tapi nie first time (sejak Hessa ada), Mommy Hessa kena pi jauh from Hessa. First time mommy Hessa kena tidoq takdak Hessa. Tak dapat dengaq Hessa keriyau (menangis). Tak dapat bagi Hessa mamam pagi2 sambil main dengan Kushka Mika Momon. Tak bole cucikan bonbon gebu Hessa bila Hessa poop poop. Tak bole mandikan Hessa yang comot sebab makan sepah. Tak bole bacakan buku for Hessa bila Hessa nak tidoq. Tak bole bagi susu dekat Hessa. Tak bole dodoikan Hesaa bila Hessa mengantuk. Tak bole pujuk Hessa bila Hessa mengamuk. Tak bole etc etc.
Selama nie dia tak pernah berenggang langsung dengan Hessa. Aku jea yang outstation biasanya. And takdak laa lama sgt. Paling lama pon seminggu dua saja, tapi nie Mommy Hessa kena pi sebulan.
So aku tau Mommy Hessa mmg sedih nak kena pi sana. Before nak pi sana pon aku tgk Mommy Hessa macam down. Dia takut nanti Hessa lupa kat dia. Takut nanti Hessa tak manja dengan dia. Takut kalau Hessa tak sihat ke apa ke time dia takdak kat sini. Takut etc etc.
Jangan risau Sayang. Saya akan jaga Hessa macamana awak jaga dia. And jangan risau, saya tau Hessa takkan lupakan awak. Takkan dia tak sayang awak. Takkan dia lupakan awak. Takkan dia tak manja dengan awak. Takkan etc etc.
Pasal awak the one and only MOMMY dia. Mommy yang sembilan bulan bawak dia dalam tummy. Mommy yang kena belah tummy pasal nak kluarkan dia. Mommy yang bagi menyusukan susu dekat dia sampai dia enam bulan. Mommy yang etc etc. Mommy yang everything for Hessa.
So please Sayang, takmoo sedih-sedih eh. Hessa nanti sedih jugak if dia tau Mommy dia sedih-sedih. But of course Me+Hessa(and Mika+Kush+Mon) akan rindu awak sgt-sgt. Mesti saya rindu awak membebel saya. Mesti saya rindu kita borak2 macam budak-budak cerita imaginasi kita pasal Momon+Kush+Mika and Teacher Suzie+Nyet+Dino+etc. Mesti saya rindu awak marah2 saya. Mesti saya rindu awak merajuk2 dengan saya. Mesti saya rindu urut badan awak. Mesti saya and Hessa rindu everything about awak :(.
Whatever pon, enjoy your trip dekat sana. Buat kerja bagus-bagus bagi settle and siap semua. Jangan lupa solat etc. Jaga makan. Jangan skip-skip makan. Nanti kit yut. Jangan keja jea, rest sama tau. Please take a very good care of you coz saya and Hessa really care about you sayang!
If sempat nanti kita borak2 through internet eh! I will try to update everything about Hessa every day through net (email/fb etc/blog Hessa etc). Same goes to you. Do update us everything about you. Nanti saya tunjuk kat Hessa :).
Gambaq-gambaq atas nie gambaq Mommy Hessa amik guna camera analog Yashica Mat LM time dia pi taun lepas time Hessa dalam perut dia. Taun nie amik gambaq banyak-banyak eh sayang. Take care. Love you.
p/s: Mika pesan kirim salam dekat awek2 Bahamas yang hot. >:p