Tuesday, October 18

Hessa turned 7 months old (and botak again :p)

Hari Sabtu 15 October 2011 lepas Hessa genap 7 bulan umuq dia. Dah besaq dah buah hati pengarang jantung aku nie. Actually aku outstation pi KK minggu lepas. Seminggu jugak duduk sana. Dari Sabtu minggu lepas sampai laa Jumaat malam baru nie baru aku balik KL. Time before aku pi KK tue Hessa demam-demam skit. Lepas tue waktu aku dekat KK. Hessa kena measles (ruam/campak). Tapi alhamdulillah, measles tue dah sembuh time aku balik. Mommy Hessa tak sempat plak nak amik gambaq ruam/campak tue. Bawah nie gambaq-gambaq Hessa time hantaq aku pi KLIA hari Sabtu 8 October lepas.


Waktu aku dekat KK, Mommy Hessa call aku cakap nanti balik ada surprise untuk aku pasal Hessa. Aku dok tanya laa apa benda. Rupa-rupanya Puan and Tok Ayah nak botakkan lagi sekali kepala Hessa. Pasal nak bagi rambut dia lebat skit. Puan dengan Tok Ayah dah arrangekan Makcik Ani (Bidan) datang cukur rambut Hessa hari Sabtu time birthday Hessa cukup 7 bulan tue.

Hessa hari Sabtu birthday dia 7 bulan tue; awal pagi lagi dah bangun. Breakfast cerelac and buat lovely dekat Mommy dia atas katil (dengan muka comot ada cerelac sepah2 dekat muka/mulut).


Dalam pukul 9.30 macam tue Makcik Ani sampai. Tapi kitaorang kena tidurkan Hessa dulu. Sebab Makcik Ani kata tak bole kalau tak tidokan dulu. Takut terluka kulit kepala kalau baby gerak2. So tidokanlah Hessa dulu and Alhamdulillah berjaya tidoqkan dia (lepas makan mmg dia suka tidoq sat).


Bila Hessa dah tidur barulah Makcik Ani start cukur rambut Hessa. Punyalah lama Hessa nak ada rambut sejemput nie. Kena cukur balik lah plak. Aduyai.


Tengah2 syok Makcik Ani cukur rambut Hessa, tetiba Hessa terjaga. Dia macam blur-blur. Hehehe. Kitaorang pon cuba lah tidokan dia balik. Tapi tak berjaya. Actually Hessa skrang nie mmg dah kurang tidoq time siang. Kalau dia tidoq pon tidoq sat sat saja.


Dah macam2 aku n wife cuba nak bagi Hessa tidoq. Tapi tak berjaya jugak. So mandikan dulu laa si Hessa. Hessa mmg suka dengan ayaq. Dia suka mandi. Suka kalau orang cebokkan(cuci) bonbon dia bila kencing. Dia jenis lagi suka kena cebok dengan air daripada lap pakai baby wipes kalau dia kencing. Hehehe. Setengah budak kan tak berapa suka dengan ayaq. Tapi Hessa nie jenis yang suka dengan ayaq. Maybe besaq esok dia nak jadi diver kot. Hehehe


Sampai pukul 2 Hessa takmau tidoq jugak lagi. Dalam pukul 2.30 Puan dia balik dari mengaji Al-Quran Puan dia dodoikan baru laa dia nak tidoq. Tue pon dia macam merengek-rengek and moody baru dia lena. Lepas Hessa dah tidoq baru Makcik Ani dapat continue balik cukur rambut Hessa.


Alhamdulillah Hessa tidoq nyenyak kali nie. Dia terjaga balik bila dah Makcik Ani sapukan aleo vera dekat kepala Hessa. Maybe sejuk kot. So dia pon terjaga. To Makcik Ani, terima kasih tolong cukurkan rambut Hessa even though terpaksa tunggu lama nak cukur rambut Hessa. Hopefully lepas nie rambut Hessa makin lebat. InsyaAllah.


Bawah nie plak gambaq2 hari Ahad. Gambaq awal pagi dengan Mommy and Tok Ayah and bila petang Hessa teman aku pi beli kueh dekat Keramat.


Laa nie aku dekat Kedah plak nie. Aku gerak hari Ahad malam baru nie. Kena outstation area sini plak for one week. Sat saja aku jumpak Hessa baru nie :(

Thursday, October 6

Malam semalam


Alhamdulillah, Hessa dah tak demam. Demam tue maybe pasal dia terkejut kena inject for her prevenar punya vaccination tuh jea kot.

Hessa hyper semalam. Kol 12 baru dia tidoq. Tue pon dia nak Tok Ayah dia yang dodoikan. Tapi sat aja Tok Ayah dia dodoikan. Tak sampai 5 minit dah tertidoq. Tok Ayah cakap dia lawan tenung mata dengan Hessa. Ending dia Hessa kalah and terus tertidoq. Hehehe

Btw Hessa moody-moody jugak skit semalam. Aku rasa dia gatal gusi dia. Gigi nak tumbuh kot. Dok tonyoh2 jea gusi dia tue. Masukkan kaki/ekor/tangan Kitty (dia punya bantal busuk) dalam mulut dia. Nak kunyah jari aku. Nak main dengan makan remote control etc. Aku taktau pasal apa budak kecik/baby suka sgt dengan remote control. Hehehe :D

Tuesday, October 4

Another date with Dr Vernon

Semalam amik cuti. Bawak Hessa pi dating dengan Dr Vernon. Pi kali nie untuk Hessa punya 6 months punya appointment. Sambil-sambil tue bawak Mommy Hessa pi jumpak Dr Aziz sekali. Seperti biasa, bila Hessa nak pi dating dengan Dr Vernon, Puan akan ikut sekali :).

Nie gambaq dekat bawah nie gambaq Hessa tgh mandi. Mommy dia mandikan semalam. Untuk pengetahuan, Hessa mmg suka dengan ayaq. Dia suka mandi. Dia suka kalau kena basuh bonbon dia etc. InsyaAllah nanti bebila free nak bawak Hessa pi swimming pool (Dr Vernon pon bila tanya semalam cakap boleh kalau nak bagi baby swim..tapi kena under parent punya supervision laa). Swim suit dia mommy dia dah siap beli dah. Tapi tue laa tak guna2 lagi.


Waktu pi Gleaneagles semalam, pi dekat Dr Vernon dulu pasal set appointment dengan dia kol 10.15. Tapi bila sampai dia takdak. Ada kes dekat hospital kena entertain. So Mommy Hessa pi jumpak Dr Abdul Aziz dulu. Mommy Hessa kena inject for Hepatitis B punya vaccination dengan buat Pap Smear test. Result Pat Smear test lagi seminggu dapat. Hopefully everything ok. InsyaAllah


Lepas jumpak Dr Aziz baru pi jumpak Dr Vernon. Berat Hessa semalam dah 7.3 kg. Bulan Lepas 6.9 kg. Dia punya naik dah tak berapa byk sgt rasanya compare to bulan2 sebelum nih.


Dr Vernon as usual pandai amik hati Hessa. Dia usik Hessa. Gurau2 dengan Hessa, sakat Hessa etc. Taktik dia nak bagi budak/baby happy dulu before kena inject. Heheheh.


And again, dia menyanyi lagi lagu 'Keracha'. Heheheh. Aku sempat amik video kali nie. Dia siap dancing dengan Hessa :D



Dancing dengan singing tue semua before kena inject. Hepi jea muka anak kecik aku tue. Tp tgk laa Hessa macamana bila kena and lepas kena inject. Btw injection kali nie is for Prevenar punya vaccination. nie 3rd jab dia tak silap (nak kena refer detail kad klinik Hessa and nanti aku update balik). Hessa punya meraung kali nie antara raungan paling kuat setakat nie. Kesian dekat dia.


Hessa nie manja(+mengada) dengan aku. Bila dia pandang aku macam gambaq atas nie, aku tau dia mintak aku amik dia. So aku pon amik dia and Alhamdulillah dia senyap lepas tue.

Bila balik semalam Hessa tidoq sampai petang. Bila malam tue badan dia panas skit. And dia macam meragam skit takmau tido. Bagi dia makan ubat demam dengan tampal kool fever punya patch. Dia tidoq dengan Puan semalam pasal Puan nak jaga/tgkkan dia. Puan cakap semalam Hessa tidoq tak nyenyak sgt. Maybe dia rasa tak selesa pasal demam dia tuh.


Pagi tadi Hessa macam ok tp tadi waktu dah sampai opis, Tok Ayah call tanya ubat dekat mana. Dia kata Hessa badan panas balik. Hopefully demam dia makin beransur kurang bila dia makan ubat. InsyaAllah.

Get well soon Sayang! Daddy+Mommy sayang Hessa.
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...