Dah sebulan lebih aku tak update blog aku nie. Actually aku tak tau nak start camana. Aku takdak idea nak tulis apa etc.
Ok 1st sekali Monshter/Momon dah takdak :(. Dia mati on 6 February 2012 morning. Momon aku ngan wife bela since February/March 2008. Dah 4 tahun momon dengan aku and wife. Sedih gila aku n wife bila tgk momon dah mati pagi tue. Bagi aku and wife; momon+mika+kushka dah macam part of family kami. And they will always be.
Actually Momon mmg since kecik tak berapa sihat. Dia selalu selsema and bersin-bersin. And since past year, berat badan dia menyusut skit. Bawak pi vets depa tak dapat nak detect apa2. Momon punya mucus/kahak/hingus siap bawak pi buat lab test tapi tak dapat detect any major health prob. Most vets cakap normal for certain ferrets ada penyakit macam tue.
Actually problem awat momon mati tak sure. Tapi from bini aku baca2, maybe momon ada cancer problem. Sunday 5hb tue kami detect momon macam kaki dia tak kuat and dia takmau makan. Tapi bila bagi treats, dia still makan. Dia weak, tapi takdak laa totally weak. dia bole gerak2 and jalan2. Dia tak sama macam waktu Mika kena blockage dekat perut dia dulu yang sampai kena operate tuh (kalau sapa yang tau laaa).
Time nampak dia macam tue, terus call Animal Medical Hospital. Animal Medical Hospital mmg tempat kami selalu bawak Momon+Mika+Kushka pi check up kaa apa kaa. Pasal situ ada Dr Selvan yang tau pasal ferret.
Tapi waktu call time tuh, Dr Selvan vet yang jaga Momon+Mika+Kush off day plak hari tue. Lagipon time tue cuti panjang yang Maulidur Rasul and Thaipusam. So aku and wife ingat esoknya (Monday) boleh pi hantaq Momon. Malam tue kami beli cat food yang lembik tuh so that Momon senang makan.
Hari Ahad malam tuh before tidoq aku ngan wife pi tgk Momon lagi. Momon tak makan pon cat food yang lembik tuh. Tapi bila bagi treat (syrup) dia still minum. Dia bole gerak. Aku decide separatekan dia dari Mika and Kushka pasal nak monitor tgk dia makan kaa tak. At least monitor dia satu malam nie dia makan kaa tak pasal esok nak bawak dia pi Animal Medical Planet. Aku ingat lagi malam tue; wife aku cakap kalau bole dia tanak separatekan Mika and Kushka dari Momon. Pasal incase anything happen dia nak depa semua ada bersama. Tapi aku pujuk bini aku cakap senang nak monitor Momon makan kaa dak and aku optimistic takkan jadi apa2 dekat Momon. So aku pon separatekan Momon cage lain tak sekali dengan Mika and Kushka. (to wife..sorry pasal separatekan mika+kush dengan momon)
Bila bangun pagi Isnin tue wife aku gegas turun bawak check Momon. And bila dia panggil aku dengan suara sayu aku dah dapat budget something bad dah jadi. And mmg betoi. Umur Momon tak panjang. On Monday 6 February 2012 lepas 4 tahun Momon dengan kitaorang, Momon dah takdak.
Wife aku ada cakap incase nak donate Momon's punya body dekat Animal Medical Planet or vets memana untuk buat research kaa apa kaa. Aku pon memula macam setuju dengan suggestion wife aku. Tapi bila pikiaq balik kami sepakat nak tanam momon dekat garden tepi umah nie. At least sampai bebila tau kubur Momon dekat situ.
Sampai laa nie aku n wife still sedih pasal Momon takdak. Wife aku dok sorang2 kadang2 berlinang air mata teringat kat Momon. Dua tiga malam lepas tgk crita Hachiko. Menangis wife aku sedih pasal teringatkan Momon.
Apa2 pon aku ngan wife redha. Dah memang ajal dia dah sampai. At least Momon mati tak tersiksa etc. And wife aku pon ada di Malaysia time dia mati. Momon nie paling manja dengan wife aku.
Aku punya blog nie nama kalau perasan ada tulis " about a father and his little princess + his three cute ferret". Aku akan maintain pasal 3 cute ferrets tuh eventho skrang nie dah tinggal Mika and Kushka saja. Pasal dalam hati aku dah reserved tempat for Momon (or mika or kushka). And tempat tue sentiasa for depa.
To Monshter aka Momon..thank you for the past wonderful years with you. We will always remember you as our sweet but naughty 'monshter bear'. You will always be in our heart sayang! We will let hessa know that she used to have a cute ferret named Monshter in her life. Everybody will miss you Momon! Rest in peace my big boy Monshter!
_______________________________________________________________
And yang keduanya plak. Tok Nek Hessa dah kembali ke rahmatullah on Friday 10 February 2012 dalam pukul 4.15 pagi. Dalam entry before nih aku ada cerita pasal Tok yang dah tak berapa sihat sakit tua. Pukul 4.30 pagi aku dapat call from Abah bagitau Tok dah takdak. Bila dah bersiap semua pastu Aku+wife+Hessa pi amik adik aku, Mama Hanim Hessa dekat UM pastu terus gerak balik Baling.
Alhamdulillah kami selamat sampai dalam kol 10 pagi dekat Baling just before jenazah Tok dimandikan. Sempat tengok tok untuk kali yang terakhir. Jenazah Tok selamat dikebumikan dalam pukul 12 tghari tue. Alhamdulillah.
Terima kasih Tok for everything. Terima kasih jaga Mie, Man, Aye and Hanim dari kami kecik sampai laa besaq. Ajaq kami macam-macam. Sayang kami adik beradik and keluarga kami sampai akhir hayat tok. Moga roh Tok dicucuri rahmat dan ditempatkan di kalangan orang-orang yang beriman dan beramal soleh. Amin. Al-fatihah!
No comments:
Post a Comment