Tuesday, January 31

Cerita tentang Mommy Hessa dah balik dengan Toknek yang tak sihat.

Ok. First skali, 21st Jan hari tue Mommy Hessa dah selamat sampai Malaysia from Dar Es Salam, Tanzania. Dekat satu bulan 5 Hari Mommy Hessa pi kerja dekat sana. Mommy Hessa sampai di KLIA pagi Sabtu tue kol 8.30. Hessa awal pagi lagi dah bangun. Excited kot nak pi amik Mommy dia. Dgn tak mandi (sejuk sgt kot nak mandikan dia kol 6 pagi) and dengan sembab bgn tido, Hessa dah pakai cantik2 nak pi amik Mommy dia. Mood pon baik jea takdak grumpy2. Hehehe.


Ok. Waktu Mommy kluaq jaa dari arrival hall, aku risau sgt! Risau kalau2 Hessa tak mau dekat Mommy dia. Kompom Mommy Hessa merajuk+sedih. And kompom aku laa yang jadi mangsa nanti. Hahhaha. Ok before tue nak cerita skit pasal si Hessa nie. Hessa si kecik nie actually sgt manja and mengada skit dengan aku. Normally kalau aku dukung, and ada orang lain nak amik; dia akan geleng kepala cakap takmau. Nak aku jaa yang dukung dia. So berbalik pasal Mommy Hessa kluaq dari arrival hall. Bila dia tgk Mommy dia jaa; dia terus tenung mommy dia. Mommy dia hulur tangan nak dukung; dia tak geleng kepala ( kalau Hessa geleng kepala, memang bawak paser laa dekat Daddy..hehehe). Tapi dia senyap saja. And keep on tenung Mommy dia. Alhamdulillah..lepas tue dia nak pi dekat Mommy dia. Senyum+gelak2 ngan Mommy dia bila Mommy dia main cak cak dengan dia and lambung2 dia. Alhamdulillah Mommy dah selamat balik Malaysia and Hessa pon mau dekat Mommy dia :p


Balik jaa dari KLIA teruih pi Gleaneagles Intan. Hessa ada 'dating' dengan Dr Vernon. Hessa dengan muka selebet tak mandi bawak dia pi jumpak Dr Vernon pasal Hessa ada 2nd jab for antiflu H1N1 punya vaccination dengan dia punya 10 months punya check up. Berat Hessa 7.8kg. Tapi aku rasa macam berat lagi dari 7.8kg jaa si budak kecik nih :p. And Alhamdulillah everything semua ok. Development dia and everything just how it should be :).


Petang tue lepas mommy dah tido bagi kurangkan jetlag dia. Kitaorang kluar jalan2 Pavilion bawak Hessa jalan2 skit. Mommy nak lepaskan rindu jalan dengan Hessa. Pi sana lepak dengan Mama Ning Hessa. Lepak sat saja pastu balik umah. Mommy ngantuk jetlag lagi. Heheheh :p


Ok. Esok harinya Sunday 22 Jan 2012 dalam petang kol 3 macam tue Aku dengan wife and Hessa balik ke Kedah visit TokNek (moyang) Hessa. TokNek Hessa tak sihat. Sakit tua. Umur TokNek dah 83 tahun. Actually TokNek Hessa mmg dah tak berapa sihat since 3 minggu lepas. Tapi weekend 14hb Jan tue, aku dapat call dari Tokwan Hessa kata TokNek makin tak sihat. So weekend tue (waktu aku yang time tue dekat team building opis dekat PD) bergegas balik Kedah. 4 Hari aku dekat Baling pastu nie balik plak bawak Hessa n Mommy visit TokNek.


Waktu aku balik sorang 14 Jan 2012 tue, aku sampai jaa Tok (hangpa jgn konpius plak. 'Tok' adalah panggilan aku pada nenek aku and 'TokNek' panggilan Hessa pada 'Tok'. Orang yang sama. Hehe) tgh baring. Dia sedaq aku sampai. Dia tanya sapa. Makcik2 aku yang jaga dia cakap Suhaimi balik. Soalan pertama yang dia tanya time tuh is " Balik sorang saja kaa..mana Hessa dengan Leen". Aku pon bagitau dia yang aku balik sorang saja. Hessa dekat KL and Mommy Hessa dekat Tanzania lagi. Aku cakap dekat dia minggu depan (22 Jan 2012) baru aku bawak balik Hessa+Mommy.

Actually aku dengan adik-beradik yang lain mmg manja dengan Tok. Pasal Tok tinggal dengan family aku and jaga aku+adik beradik yang lain dari kami kecik baby sampai lah kami besaq. Aku sendiri tidoq dengan Tok sampailah aku umur 16 taun masuk MRSM baru aku tidoq sendiri. Tok garang tapi sgt penyayang. Adik Hanim aku antara yang paling manja dengan Tok sebab sampai sekarang kalau dia time sem break university dia, dia still tidoq dengan Tok. Kesian dekat Abang aku, Syariman+Kak Julia and Aniq+Mya pasal depa dekat Sydney. Abang aku kerja sana. Tak dapat laa nak balik. Abang aku menangis2 dalam phone risau pasal Tok and suruh Tok makan ubat, makan bubur etc. Waktu aku balik 14hb hari tue pon aku pon menangis. Aku tak pernah tgk Tok yang dari kecik jaga aku, sakit/tak larat macam nie.


22 Jan 2012 tue waktu sampai jaa umah Baling, dah kol 9 malam macam tue. Ramai sedara yang ada time tue mai visit Tok jugak. Waktu sampai bawak Hessa pi jumpak Tok. Tok mengadu dia tak sihat and dia tak larat. Hessa main2 tepi TokNek dia. Ada satu time tue Hessa without sapa suruh dia pi pegang tangan TokNek. Rasa sedih and touching sgt time tue. Bole plak lepas tue dia baring sambil isap jari dekat sebelah TokNek :)

Lepas tue Hessa mengganas balik laa. Main bola kecik dia jumpak dalam umah tue. Mak aku yang punya. Bola dia buat exercise tangan dia yang tak berapa kuat tue. Sakit saraf. Seronok Hessa main bola kecik tue. Menjerit2 dia. Hehehe.


Kitaorang stay dekat Baling dari hari Ahad malam ke Selasa. Selasa petang balik KL balik pasal Rabu kerja. Hessa di baling main kejar ayam dengan TokWan. Main dengan Maksu. Tgk kucing and ikan kelisa Tokwan. Hehehe. Hari Selasa malam sampai Melawati balik. Jalan jem skit.


Waktu nak balik dari Baling, kitaorang salam2 dengan Tok. Bawak Hessa salam and jumpak Tok. Time salam2 tue Tok cakap,"Tok tak larat nak dukung and main2 ngan Hessa". Sedih gila aku time tue. And yes aku menangis. Tak tahan aku bila Tok walau tak larat macam tue still ingat pasal nak dukung Hessa.

Tok..Kami cucu2 and cicit2 Tok sayangkan Tok!!!

Ya Allah ya tuhanku..sembuhkanlah dan permudahkan segalanya bagi Tok. Amin.


p/s:
Aku nak cakap terima kasih byk2 dekat MakTeh/MakWa/MakTam/MakNjang/MakcikSu/AbgZul+AkakHah etc yang gilir2 datang umah+tido dekat umah aku+jaga tok etc pasal mak aku tak bole buat kerja berat tangan dia ada nerve problem.

To Adik, Anything happen kita be strong ok. Mi tau adik paling manja dengan Tok.

Tuesday, January 10

Beberapa hari yang lepas...

Ok. Aku agak busy lately. Tak dan nak blog sgt pasal si Hessa. Tapi macam2 jugak benda aku buat dengan dia over the last weekend. Video kat bawah nie video malam jumaat ari tue. Dia main2 manja dengan aku. (Owh btw video ngan gambaq semua nie dari phone saja. So quality dia quality camera phone jea laa. Belasah jea laa eh. Hehehhe)



Dalam video kat atas..Hessa tunjuk mana Mommy dia. Biasa kalau tanya dia mana Mommy..dia akan tunjuk gamba/potrait yang ada kat dalam bilik kami nie. Kalau kat bawah plak dia tunjuk gamba mommy dia dekat bawah. Mesti Hessa rindu Mommy dia. InsyaAllah kalau takde extend, mommy 20hb nie balik laa kot. Mintak2 tak extend laa. Amin.

Ok. Saturday 7 Jan 2012, awal pagi aku bawak Hessa 'jogging' area depan umah. Hehehe. Bawak dia round2 skit. Dengar bunyi burung. Tgk kucing etc. Hessa mmg suka kalau bawak dia kluar. Dia suka tgk orang lalu lalang. Tgk pokok-pokok. Tgk langit etc. Hessa nie aku rasa tahap curiosity dia tinggi. Dia suka tgk benda2 pelik keliling dia. Benda yang jarang dia dapat tgk. Toys bebanyak Daddy ngan Mommy beli bukan dia nak main sgt. Dia suka macam kotak, tupperware, kertas etc. Hehhehe


Nie video dekat bawah nie video Hessa pok amai-amai dengan Puan and Tok Ayah dia. Laa nie dia kalau suruh dia pok amai-amai mmg dia pok amai2 laa (tapi ikut mood dia jugak laa..heheh). Lagi satu Hessa dah pandai bye/lambai dekat orang lain. Pantang cakap bye jea; mesti dia nak bubye (but as usual bergantung kepada mood. Hehehhe)




Ok. Tghari tue, aku bawak Hessa keluaq. Kesian dia hari cuti tak kluaq berjalan duduk di rumah saja. Tapi dekat jea laa. Aku bawak dia pi KL Festival Mall punya shopping complex yang baru bukak dekat Setapak. Aku tak bole bawak dia pi jauh pasal aku pi berdua jea dengan dia. Kalau dia mengamuk dalam car seat tuh macamana? Hehehe.


Tapi alhamdulillah dia behave. Maybe sebab dia hepi pasal dapat kluar tak terperap duduk kat umah saja. Behave jea dia atas keta. Sampai sana pi beli susu Hessa dekat Econsave situ. Kat situ aku rasa rega susu yang Hessa minum paling murah laa setakat nie dalam semua kedai aku pernah beli.

Lepas tue Hessa teman Daddy makan. Makan dekat The Chicken Rice Shop. Aku lapaq. Hessa dah makan before pi berjalan. So aku makan sorang saja. Aku ada bawak Heinz punya baby foodyang dalam botol tue. Dia takmau laa plak. Tapi aku ada laa bagi dia mamah jugak skit nasik yang nasik ayam aku punya tue. Dia mmg suka makan benda2 macam tue. Maybe pasal gigi dia nak tumbuh. So dia suka kunyah2. Lepas tue aku bawak dia pusing2 dekat KL Festival Mall nih


Bila dah pusing2 tue sampai laa dekat satu tempat. Tempat budak2 main. Aku dengan Hessa tgk dekat luaq saja. Lama jugak dok kat tepi tue. Dekat 10min jugak kot. Hessa seronok tgk budak2 lain main dalam tue. Aku nak gerak pi tempat lain dia menjerit takmau. Ishh haru betoi.


So ending dia mmg happy ending laa. Aku bawak dia masuk dalam tue. Tapi Hessa kecik lagi. Tak byk benda bole main dalam tue. Tapi aku bawak masuk jugak laa. RM3 for 20 minutes tak silap aku. Ok sgt laa. So aku pon bawak laa Hessa masuk dalam tue. Bole laa dia naik toy donkey and tgk budak2 lain main. Hepi budak kecik nih :)


Sunday 8 January 2012. Aku kena pi kerja. Hessa comel time bangun. Dia kejutkan aku. Tak grumpy ke apa plak dia pagi nih. Tersengih jea ajak aku main or mintak bawak dia kluaq kot. Tapi tak dapat laa nak bawak dia kluaq, aku kerja. Tapi sempat amik gambaq bawah nie dengan dia. Heheheh :)


Waktu nak balik tue dalam tghari aku update status FB aku lebih kurang bunyi dia macam nie.."Otw balik dari Putrajaya. Keja. Macam nak bawak Hessa Kluaq. Sapa free mai kidnap aku dengan Hessa". Tapi takdak sapa dapat mai kidnap aku ngan Hessa pon. Papa Fizan Hessa dekat PD ada team building. Mama Ning plak Papa Fizan takdak macamana nak mai kidnap Hessa. Pastu Mama Ira Hessa plak pi outstation dekat Ipoh. Kalau tak depa nih laa teman aku bawak Hessa. Pasal aku nak drive berdua jea dengan Hessa jauh2 skit aku tak berapa confident pasal few attempt before nih Hessa mengamuk (tapi aku drive jugak laa sambil dia menangis. Takkn nak riba dia plak :p)

Bila aku sampai umah. Hessa macam mengantuk2. Tapi segaq laa jugak bila tgk aku balik. Aku dok pikiaq. Ishh tak bole jadi nie, kena bawak Hessa kluaq jugak. Kesian dia satu hari dok umah saja. Lagipon weekend depan aku ada team building plak. So might better aku bawak dia jalan2 this week. Tak laa bosan sgt dia.

So aku decided nak bawak Hessa pi Ikea/Curve. Saja jalan situ. Satu pasai straight jea highway DUKE pastu masuk Penchala Link. Lagi satu baby punya changing room dekat situ ok jugak. Aku dah phobia pi KLCC. Baby changing room/nursing room dia yang kena bayaq RM2.oo tue untuk pompuan jea kot. Ada kaa macam tue. Kalau daddy yang kluaq dengan anak macam aku nie macamana plak. Kalau pi dengan Mama Ira or Mama Ning or adik aku Hanim sekalipon takkan laa aku nak suruh depa cuci poo poo Hessa. Hahhaha. Actually ada baby changing room dekat LG floor dekat area bank2 dekat bawah di KLCC tue. Tapi aku rasa situ macam tak proper jea. Sinki dia jenis muat tangan saja. Hessa jenis yang kencing pon kalau bole nak kena cebuk. Macamana nak cebuk peepee or poopoo Hessa kalau sinki dia muat tangan saja. Lagi satu situ stail open. Hessa shy girl. tak suka tukaq pampers dekat tempat orang ramai. Hahhaha.

Ok back to cerita aku. Aku ngan Hessa pon heading laa pi Ikea/Curve. Kebetulan jugak pasai pi ikano nie pasal nak amik camera dari kawan aku, Apek/Nasrool. Kebetulan dia pon pi Ikea and bawak camera tue. Tapi dia pi tgk wayang laa dulu.

Alhamdulillah. Dalam perjalanan, Hessa behave lagi kali nie sama macam semalam. Dia tak meronta-ronta kalau duduk dekat baby seat dia tuh. Sungguh good girl anak daddy nih. LOL

Before keta gerak dia siap lambai bubye dekat Tok Ayah n Puan dia. Bila keta gerak dia mula isap jari. Masuk jari dalam mulut pastu tangan lagi satu dok gentel toys dia. Mmg nak tido laa tue. Kompom laaa. Lepas tue tak sampai seminit dua kot dia teruih tidoq. Sampai laa ke parking Ikea dia tidoq. Bangun pon pasai aku kejut. Tapi dia hepi laa bila bangun. Pasal dia tengok tempat dia terjaga tuh tempat yang lain dari kebiasaan dia. So tak grumpy and emo laa. Heheheh :D


Waktu aku sampai Ikea. Kawan aku Maleya wife Razak ada comment kat status FB aku (kaa gambaq dekat FB aku ntah) cakap suruh aku bawak Hessa pi main tempat budak2 main dekat Curve. Dia siap bagi location etc. Aku pon pi cari laa. Rupanya nie tempat anak dia, Auji pernah pi main. Dia ada post video Auji main dekat tempat nie dalam FB. Auji main dalam satu tempat balloon terbang2 (refer gambaq bawah..tapi gambaq aku blur..hahaha).


Aku lupa laa apa benda nama tempat nie. Dia dekat tingkat 3 betol2 depan Reject Shop tak silap aku. Entry dia RM20 per entry kalau weekdays and rm30 per entry kalau weekend. Parent bole join masuk sekali. Aku tak bawak masuk Hessa pasai aku tgk tempat nie macam untuk budak2 yang besaq skit. Or at least dah bole berdiri laa. Tapi mmg agak cool and best tempat nie.

Maybe time Mommy balik nanti redah jea laa pi tempat nie tgk camana. Tapi kalau nak pi pon maybe pi on weekdays laa kot. Kalau tak macam weekend yang aku pi nie ramai sgt orang. Kalau budak yang dah besaq skit tue ok laa. Kalau Hessa yang merangkak betoi2 pon tak berapa reti sgt lagi nie pi masuk sekali; silap2 kena langgaq dengan budak lain. Hehehe. Tapi Hessa enjoy jugak dok kat tepi tempat nie dok perati tgk budak2 lain main. Next time eh sayang! Bila Hessa dah besaq skit ok!


Lepas pi tempat budak2 main nih, aku round2 dengan Hessa pasal Apek Nasrool tak habih tgk wayang lagi. Hessa mood happy. Aku takdak dukung dia langsung. Elok plak dia duduk dalam stroller dia (jarang berlaku nih). Ada time tuh dia tepuk2 tangan bila dengaq lagu CNY depa pasang kat Curve nih. Siap kaki dia parking atas tempat letak susu laa dekat stroller tue. Makna kata dia tgh happy laa tuh :).


Lepas tue baru jumpak Nasrool/Apek. Dia pass camera kat aku. Jumpak dia sat saja. Borak2 sat ngan dia sambil aku bagi Hessa makan choc stick fav dia tuh pastu aku pon gerak balik. Nie camera yang Apek bagi test (thanks bro). Lomo Horizon Perfekt . Nanti aku test kat PD time team building (kalau ada masa laaa..heheheh).


Ok lah. dah lewat malam dah nie. Aku nak tidoq dulu. Esok kerja. Kalau aku tak busy nanti-nanti aku update lagi blog Hessa nie.

p/s: To mommy, Hessa ngan Daddy rindu Mommy :(
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...